Thursday 28 March 2013

Dosa : Terampunkah Dosa-Dosa Kita?




 hati terdetik utk berbicara tentang Dosa...Terampunkah dosa-dosa kita...?
 
Muhasabah...
Berapa banyak dosa yang kita lakukan setiap hari?
Berapa kali kita mintak ampun atas dosa kita setiap hari?




sebagai hamba Allah SWT, kita sememangnya tidak terlepas dari melakukan dosa...Chinta juga insan biasa tak terlepas dari dosa...sebelum bicara mengukir tinta, jom kita fahamkan maksud DOSA...semoga pengisian ini dapat memberi manfaat pada diri Chinta sendiri dan juga readers sekalian..



DOSA : balasan buruk atau hasil daripada perbuatan jahat yang bertentangan dengan perintah Allah SWT. Balasan dosa akan diterima pelakunya baik ia seorang muslim atau kafir. Balasan dosa tidak dilipatgandakan atau akan diganjar setimpal dengan kejahatan yang dilakukannya. Balasan ini akan diterimanya di dunia atau di akhirat, dan kelak akan dipertanggung-jawabkan pelakunya nanti di hari hisab. (http://hasanassaggaf.wordpress.com/2010/06/05/pahala-dan-dosa/)




Kejahatan dan dosa itu adalah perkara yg apabila dilakukan, maka jiwa dan hati kita akan merasa tidak tenang dan akan menimbulkan gelisah dan risau.  betul...itulah yang Chinta rasai dan percaya readers semua juga merasainya..



Apabila kita membaca hadis ini, hati akan terdetik betapa pemurahnya Allah dengan keampunan, sedangkan kita sesama kitapun tidak mampu untuk memaafkan manusia lain sepertimana yang Allah sedia melakukannya  untuk kita. Subhanallah!! Tidak kiralah sebesar manapun dosa kita, pintu keampunan sentiasa terbuka untuk kita dan hakikatnya cuma kita sahaja yang tidak mahu mengetuk pintu tersebut dan terus membiarkan diri lalai dan jauh dariNya.Hadis ini merupakan satu motivasi untuk kita sentiasa mencari keampunan Allah di celah-celah kehidupan kita dan memberikan satu harapan pada hamba bahawa Allah pasti akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun dia telah jauh menyimpang dari landasan yang sebenar..

Persoalannya mengapa kita selalu malas ataupun lalai dalam memohon keampunan atau adakah kita rasa kita tidak melakukan dosa dan kelalaian?? kita dicipta dengan sifat lupa maka mustahil untuk kita tidak melakukan dosa. Mungkin kita lupa untuk muhasabah diri menyebabkan kita tidak rasa berdosa atau sememangnya kita telah lupa akan dosa-dosa yang kita lakukan kerana terlampau banyaknya dosa atau kita telah terlampau biasa melakukan dosa sehingga hati kita tidak  lagi sensitive dan seolah-olah dibius oleh noda dosa kita sendiri..Nauzubillahi minzalik..


anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.



Sesungguhnya Allah SWt itu Maha Pengampun...Allah SWT sayangkan hambaNya..
jalan terbaik adalah TAUBAT...jom readers semua kita amalkan ISTIGHFAR dan SOLAT SUNAT TAUBAT *pesanan untuk diri Chinta...insyaAllah...semoga kita diberi kekuatan olehNya.. 

pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).




Ya Allah..ampunkanlah dosa2 ku... 

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” 
(Surah Ali ‘Imran: 8)
 
kuatkan azam untuk beratkan "bahu kanan" kita...



Ya Allah...bimbinglah aku ke jalan redhaMu...jauhkanlah aku dari hanya pandai berkata2 tanpa melakukan apa2...Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar segala isi hati ku.....


Tuesday 26 March 2013

Salam Ukhuwah




~ Chinta Hawaney ~

salam ukhuwah semua...
sebagai perkenalan...just call me Chinta :)
Chinta adalah seorang wanita biasa yg sentiasa cuba MENCARI NUR dr Illahi..
tiba2 hati ini tergerak utk mewujudkan 1 blog bertujuan berkongsi ilmu duniawi & yg plg penting adalah ilmu akhirat..bekalan utk kita menuju ke sana...
Chinta hanyalah insan biasa yg banyak sgt kelemahan..hati meronta2 utk menjadi yg terbaik utk semua...tapi sedar diri ini byk lagi yg perlu diperbaiki..utk berubah menjadi yg terbaik atau yg lebih baik perlukan kesabaran..semakin kita cuba utk menjadi lebih +ve semakin kuat ujian menduga..pesanan yg selalu ayah ucapkan "bukan senang utk jadi senang" :)
semoga Chinta kuat utk berkongsi ilmu dengan semua..semoga kawan2 yg lain sudi berkongsi ilmu dgn Chinta...
dan semoga segala ilmu yg ada dlm "MENCARI NUR" ini menjadi pedoman utk diri Chinta sendiri dan juga utk semua... :)
Salam Perkenalan utk semua...