hati terdetik utk berbicara tentang Dosa...Terampunkah dosa-dosa kita...?
Muhasabah...
Berapa banyak dosa yang kita lakukan setiap hari?
Berapa kali kita mintak ampun atas dosa kita setiap hari?
sebagai hamba Allah SWT, kita sememangnya tidak terlepas dari melakukan dosa...Chinta juga insan biasa tak terlepas dari dosa...sebelum bicara mengukir tinta, jom kita fahamkan maksud DOSA...semoga pengisian ini dapat memberi manfaat pada diri Chinta sendiri dan juga readers sekalian..
DOSA : balasan buruk atau hasil daripada perbuatan jahat yang
bertentangan dengan perintah Allah SWT. Balasan dosa akan diterima pelakunya
baik ia seorang muslim atau kafir. Balasan dosa tidak dilipatgandakan
atau akan diganjar setimpal dengan kejahatan yang dilakukannya. Balasan
ini akan diterimanya di dunia atau di akhirat, dan kelak akan
dipertanggung-jawabkan pelakunya nanti di hari hisab. (http://hasanassaggaf.wordpress.com/2010/06/05/pahala-dan-dosa/)
Kejahatan dan dosa itu adalah perkara yg apabila dilakukan, maka jiwa
dan hati kita akan merasa tidak tenang dan akan menimbulkan gelisah dan
risau. betul...itulah yang Chinta rasai dan percaya readers semua juga merasainya..
Apabila kita membaca hadis ini, hati akan terdetik betapa pemurahnya
Allah dengan keampunan, sedangkan kita sesama kitapun tidak mampu untuk
memaafkan manusia lain sepertimana yang Allah sedia melakukannya untuk
kita. Subhanallah!! Tidak kiralah sebesar manapun dosa kita, pintu
keampunan sentiasa terbuka untuk kita dan hakikatnya cuma kita sahaja
yang tidak mahu mengetuk pintu tersebut dan terus membiarkan diri lalai
dan jauh dariNya.Hadis ini merupakan satu motivasi untuk kita sentiasa mencari
keampunan Allah di celah-celah kehidupan kita dan memberikan satu
harapan pada hamba bahawa Allah pasti akan mengampunkan dosa-dosanya
walaupun dia telah jauh menyimpang dari landasan yang sebenar..
Persoalannya mengapa kita selalu malas ataupun lalai dalam memohon
keampunan atau adakah kita rasa kita tidak melakukan dosa dan
kelalaian?? kita dicipta dengan sifat lupa maka
mustahil untuk kita tidak melakukan dosa. Mungkin kita lupa untuk
muhasabah diri menyebabkan kita tidak rasa berdosa atau sememangnya kita
telah lupa akan dosa-dosa yang kita lakukan kerana terlampau
banyaknya dosa atau kita telah terlampau biasa melakukan dosa sehingga
hati kita tidak lagi sensitive dan seolah-olah dibius oleh noda dosa
kita sendiri..Nauzubillahi minzalik..
anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam
kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang
dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah
bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun,
kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa,
sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku
dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan
membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha
Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.
Sesungguhnya Allah SWt itu Maha Pengampun...Allah SWT sayangkan hambaNya..
jalan terbaik adalah TAUBAT...jom readers semua kita amalkan ISTIGHFAR dan SOLAT SUNAT TAUBAT *pesanan untuk diri Chinta...insyaAllah...semoga kita diberi kekuatan olehNya..
pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana
pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari
rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
Ya Allah..ampunkanlah dosa2 ku...
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau
beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat
dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah
pemberianNya”
(Surah Ali ‘Imran: 8)
kuatkan azam untuk beratkan "bahu kanan" kita...
Ya Allah...bimbinglah aku ke jalan redhaMu...jauhkanlah aku dari hanya pandai berkata2 tanpa melakukan apa2...Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar segala isi hati ku.....
No comments:
Post a Comment